Jersi Malaysia Kini Berwajah Baru!
Dunia
Advertisements

FAM baru sahaja melancarkan jersi baharu skuad kebangsaan negara dengan kerjasama Nike sebuah posting di laman Facebook mereka, Football Association of Malaysia.

https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/1334705196853694464?s=08

Jersi edisi 2020-2022 tersebut masih mengekalkan warna tradisi kuning untuk home dan warna hitam dengan corak belang kuning menyilang sebagai jersi away skuad negara.

Berikutan PKPB dikenakan di Wilayah Persekutuan, jersi ini terpaksa dilancarkan secara maya pada pagi Jumaat. Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama menerima kedua-dua jersi home dan jersi away Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM.

Advertisements

Pelancaran jersi baharu Malaysia menampilkan pemain negara seperti Shahrul Saad, Syahmi Safari, La’Vere Corbin-Ong, Brendan Gan dan beberapa lagi pemain termasuk jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Rekaan jersi kali ini dilihat lebih simple dan plain namun masih mengekalkan warna tradisi skuad Harimau Malaya. Bagaimana pendapat anda tentang jersi terbaharu ini?

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram