Jiwa Saya 100% Untuk Malaysia, Bukan Kerana Passport – Brendan Gan
Dunia
Advertisements

Pemain pasukan Selangor dan Harimau Malaya, Brendan Gan tidak suka digelar sebagai pemain naturalisasi untuk pasukan Malaysia.

Pemain kelahiran Australia ini ingin penyokong menggap dirinya sebagai rakyat Malaysia dan berdarah Malaysia.

Brendan Gan berkata di News Strait Times;

Advertisements

“Saya bukan dinaturalisasikan disebabkan ayah saya.”

“Saya sentiasa layak untuk kad pengenalan dan passport Malaysia.”

“Saya tidak fikir saya seperti Liridon dan juga Sumareh, dimana mereka sudah menetap di Malaysia sepanjang hidup mereka.”

Advertisements

Brendan Gan juga menjelaskan pentingnya untuk pemain naturalisasi untuk memahami budaya rakyat Malaysia.

“Ianya sentiasa bagus untuk memiliki seseorang yang tahu budaya, orang-orang di sini dan bola sepak Malaysia. Saya fikir ianya sangat penting untuk pemain naturalisasi meilikinya.”

Brendan juga menyatakan dirinya benar-benar orang Malaysia.

Advertisements

“Saya di sini sudah banyak kali semasa saya masih muda dan saya dapat rasakan saya telah memberikan jiwa dan raga saya untuk negara ini di dalam dan luar padang.”

Mengikut undang-undang FIFA, Brendan Gan dikategorikan sebagai pemain dengan jalur keturunan Malaysia dan layak bermain untuk pasukan Malaysia.

“Seseorang boleh datang ke sini ketika umurnya 32,33 atau 34 tahun untuk dapatkan passport dan bukan untuk bermain buat pasukan negara.”

Advertisements

“Kamu mesti berusaha untuk bekerja, menggunakan sepenuh jiwa dan raga semasa dalam padang, bukannya untuk sebuah passport.”

https://www.youtube.com/watch?v=gr7fFmo-rz8
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram