Jodoh Osmera Omaro Bersama Skuad B-17 AMD Sudah Berakhir?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan khabar angin jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Osmera Omaro tidak lagi melatih pasukan itu.

OneFootball.my mendakwa khidmat jurulatih berusia 44 tahun itu tidak dikekalkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Buat masa ini, belum ada pengesahan rasmi tentang status terkini Osmera. Jika gosip ini benar, maka ia satu kehilangan buat AMD.

Advertisements

Ini kerana beliau bertanggungjawab menggilap ramai bakat muda yang lahir dari AMD.

Osmera sebelum ini turut menggalas peranan sebagai ketua jurulatih skuad B-17 Malaysia. Sentuhan beliau menyaksikan ubi muda negara berjaya layak ke Piala Asia B-17 2023.

Bagaimanapun, skuad negara terkandas di peringkat kumpulan selepas mengumpul satu kemenangan dan dua kekalahan.

Advertisements

Khidmatnya dijangka diintai banyak pasukan yang mahu menambahbaik kualiti graduan akademi mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram