Advertisement
Jodoh Tak Panjang, Bekas Penjaring Terbanyak Tinggalkan Kelantan
Liga Super
MakanBola
Kelantan FC/ TRW Kelantan FC

Baru sahaja diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan FC pada Februari, bekas penjaring terbanyak skuad ‘The Red Warriors’ musim 2018, Shafiq Shaharudin dikhabarkan telah meninggalkan pasukan tersebut selepas hanya sempat tampil sekali sahaja musim ini.

Nama Shafiq bukanlah nama asing dalam arena bola sepak Malaysia apabila pemain berusia 29 tahun itu juga pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada 2018.

Baru-baru ini, Shafiq ada memuatnaik satu instagram story yang membayangkan bahawa jodoh beliau bersama Kelantan sudah berakhir. Namun sehingga kini masih tiada apa-apa pengumuman rasmi dari pihak pengurusan.

Shafiq yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta November tahun lalu, memuatnaik instagram story yang memparkan batu nisan tertera nama arwah ibunya sambil meluahkan isi hati yang mengundang rasa sedih sesiapa yang melihatnya.

“Assalamualaikum mama. Abang minta maaf sampai sini sahaja perjuangan abang. Abang percaya Allah akan kurniakan rezeki yang lebih baik pada abang untuk masa depan abang dan keluarga abang,” luah Shafiq.

WhatsApp Image 2023 04 08 at 21.07.48 Jodoh Tak Panjang, Bekas Penjaring Terbanyak Tinggalkan Kelantan
Luahan Shafiq di instagram story beliau.

Di laman instagram milik Shafiq juga memaparkan bahawa beliau kini merupakan agen bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan. Selain itu, gambar-gambar beliau bersama Kelantan musim ini juga tidak lagi kelihatan di instagram beliau.