Advertising
Johan Estupinan Tewaskan Johan Ghazali
UltraSukan
Johan Ghazali
Sponsors

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali tidak dapat menambah kemenangan buat kali ketujuh dalam lapan pertarungan ONE.

Ini selepas jaguh berusia 18 tahun itu tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam saingan ONE 170 yang diadakan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Ad

Pertarungan ini cukup dinantikan kerana Estupinan memiliki rekod 26 perlawanan tanpa kalah. Beliau juga masih belum tewas dalam empat perlawanan ONE setakat ini.

Ad

Johan yang mesra disapa Jojo pula sudah meraih enam kemenangan daripada tujuh pertarungan ONE. Ini termasuk lima kemenangan yang diraih secara knock-out.

Pusingan pertama menyaksikan Estupinan berusaha memberi tekanan kepada Johan menerusi serangan pantas terutama menerusi tendangan kakinya.

Ad

Jaguh negara itu bijak mengakali lawannya itu dan berjaya menumbangkan jaguh Colombia itu sebanyak dua kali.

Ad

Pusingan kedua menyaksikan Estupinan berusaha memberi tekanan kepada Johan tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, jaguh berusia 22 tahun itu terjatuh selepas terkena serangan beliau.

Ad

Ini mendorong Estupinan menjatuhkannya buat kali pertama dalam pusingan kedua. Hal ini mendorong Johan bangkit dan memberi asakan pada pusingan ketiga.

Walau bagaimanapun, Estupinan berjaya menjatuhkannya buat kali kedua. Pada akhirnya, jaguh Colombia itu diisytiharkan sebagai pemenang selepas tiga pusingan.