Johan Ghazali Bakal Dapat Kontrak 6 Angka Di ONE Championship
UltraSukan
Johan Ghazali

Habuan besar menanti atlet muay thai negara, Johan Ghazali setelah kecemerlangan yang ditampilkan beliau di pentas ONE Championship 2023.

Jaguh berusia 17 tahun ini akan bakal meraih kontrak bernilai enam angka daripada ONE Championship di atas persembahan memukaunya pada tahun ini.

Perkara ini dikongsikan di laman web ONE Championship ketika mengumumkan Johan Ghazali sebagai Bintang Baru Paling Menyerlah 2023.

View this post on Instagram

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)

“Remaja Malaysia-Amerika yang kini berusia 17 tahun, tiba-tiba menjadi perhatian ramai di kalangan peminat global melalui pentas ONE Friday Fights”

“Beliau kemudian mendapat kontrak enam angka dari ONE Championship dan akan bertanding secara langsung dalam waktu perdana di Amerika Syarikat”, tulis ONE Championship di laman web rasminya.

Kontrak yang ditawarkan ONE Championship itu juga bernilai AS$100,000 di atas kejayaan Johan Ghazali atau Jojo menampilkan aksi cemerlang sepanjang 2023 menundukkan beberapa nama ternama seperti Edgar Tabares dan Temirlan Bekmurzaev.

Musim ini Jojo mencatatkan rekod kemenangan 5-0 dan empat KO (knockout) untuk beliau dianugerahkan Bintang Baru Paling Menyerlah oleh ONE Championship.