Johor Darul Ta’zim Muncul Juara MSSM B-18
Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad bawah 18 tahun (B-18) Johor membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan untuk Kejohanan Bola Sepak MSSM B-18 apabila muncul juara kejohanan itu hari ini.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menentang Pulau Pinang, Johor tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Azmer Masri Ahmad pada minit ke-29.

Tiga minit kemudian, Harimau Selatan makin selesa di hadapan menerusi Abid Sarafaz Rozaidi. Belum sempat Penang cuba bangkit, Iskandar Akmal Sabri menambah derita mereka dengan gol ketiga pada minit ke-38.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Azril Haikal Chairil Asyraf menambah gol keempat Johor pada minit ke-43. Dominasi tuan rumah dilengkapkan dengan gol kelima menerusi Abid Sarafaz pada minit ke-50.

Begitupun, Harimau Selatan dipaksa bermain dengan 10 pemain selepas Adam Haikal Mohd Hisarudin dilayangkan kad merah oleh pengadil, Muhammad Ridzuan Husni.

Keputusan 5-0 ini kekal sehingga tamat perlawanan. Yang pasti, pencapaian Johor merupakan satu pencapaian hebat bersesuaian dengan status mereka sebagai pasukan pilihan.

Advertisements

Tidak mustahil sekiranya pemain-pemain ini menunjukkan kemajuan memberangsangkan, mereka boleh saja mengikut jejak langkah Arif Aiman Hanapi dan Feroz Baharudin beraksi untuk Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram