Johor Darul Ta’zim Tewas Kali Kedua Kepada Pohang Steelers
Dunia
Advertisements

Hasrat Johor Darul Ta’zim untuk membalas ‘dendam’ kekalahan sebelum ini tidak kesampaian selepas tewas buat kali kedua kepada pasukan dari Korea, Pohang Steelers 0-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Perlawanan ke-4 kumpulan G, Liga Juara-Juara AFC ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim tewas buat kali ke-3 sekaligus kekal ditangga ke-3 kumpulan diekori rapat pasukan Thailand, Ratchaburi FC.

Pohang Steelers bertali arus melakukan serangan namun Johor Darul Ta’zim terlebih dahulu menguji pintu gawang pasukan Korea berkenaan menerusi sepakan percuma Safawi Rasid yang terkena palang pada minit ke-17.

Advertisements

Lee Seung-Mo yang tidak dikawal rapi pertahan JDT berjaya memperoleh jaringan pertama perlawanan pada minit ke-33 selepas menerima umpanan cantik Goh Young-Jun.

Selang 3 minit kemudian Pohang Steelers menambah derita Johor Darul Ta’zim menerusi penyudah tenang Kang Sang-Woo yang berjaya menewaskan pintu gawang JDT yang dikawal Farizal Marlias.

Memasuki babak kedua tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan dan JDT kelihatan sedikit kehilangan arah untuk melakukan serangan berikutan disiplin tinggi yang ditunjukkan pemain Pohang Steelers.

Advertisements

Featured Image by AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram