Johor Muncul Juara Piala Agong, Tewaskan Terengganu
UltraSukan
MSN Johor

Skuad ragbi Johor muncul juara Piala Agong 2026 dengan menewaskan Terengganu di pentas final.

Aksi final edisi ke-42 di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam menyaksikan Terengganu mendahului 19-17 pada separuh masa pertama. Ini dicapai menerusi tiga try dan dua conversion.

Hal ini tidak mematahkan semangat Johor. Pasukan selatan tanah air itu bangkit pada babak kedua dan memastikan kemenangan milik mereka dengan keputusan 34-26.

Lebih menarik, Johor turut menamatkan kemarau trofi Piala Agong selepas kali terakhir melakukannya pada 2017.

Johor selaku juara membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Terengganu selaku naib juara pula membawa pulang hadiah bernilai RM15,000. 

Pemain Johor, Aqasha Daniel Irwan turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Beliau membawa pulang plak penghargaan dan hadiah sebanyak RM1,000.

Kelantan meraih tempat ketiga Piala Agong dengan menewaskan juara bertahan, PDRM 43-41 dalam aksi penentuan tempat ketiga.