Jose Mourinho Jadi Rebutan Portugal Dan Brazil
Dunia
MakanBola
Brasil Football
Advertisements

Selepas dikaitkan dengan jawatan pengurus Portugal selepas A Selecao memecat Fernando Santos, nama Jose Mourinho mula dikaitkan dengan satu lagi kekosongan jawatan pengurus. Brazil dikhabarkan mahu bekas pengurus Manchester United itu sebagai pengurus terbaru mereka menggantikan Tite.

Juara dunia lima kali Brazil dianggap pasukan pilihan untuk Piala Dunia 2022. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Selecao apabila dikalahkan Croatia menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir. Dan dua jam selepas tamat perlawanan, Tite mengumumkan keputusan mengundur diri sebagai jurulatih Brazil.

Advertisements

Susulan itu, Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), Ednaldo Rodrigues telah menghantar seorang perantara ke Eropah bagi meninjau pengurus terbaik sebagai pengganti Tite. Nama Carlo Ancelotti sebelum ini dicanang sebagai pengganti tetapi pengurus Real Madrid memberitahu beliau lebih suka kekal di Bernabeu.

Kini, nama bekas pengurus Chelsea itu dicanang sebagai pilihan utama menggantikan Tite. Mourinho sebelum ini mengakui mengurus pasukan kebangsaan Brazil merupakan sesuatu yang menarik untuk dipertimbangkan berdasarkan satu temubual pada 2017.

Advertisements

“Saya fikir selepas Manchester United, saya perlukan tugas yang lebih mudah daripada Manchester United dan melatih pasukan Brazil dilihat lebih sukar. Jelas sekali, ia sesuatu yang menarik, mana-mana jurulatih mahu bekerja dengan kelab-kelab terbaik dan pemain-pemain terhandal.

“Pasukan Brazil semestinya merupakan pendahulu dari segi kejayaan, jelas sekali dari segi pemain-pemain berbakat, tak kira generasi mana, pemain berbakat sentiasa muncul. Tetapi saya harus akui tugas tersebut pastinya sukar, ada saja jurulatih di sebalik setiap orang Brazil dan setiap wartawan di sana merupakan jurulatih yang lebih baik daripada jurulatih itu sendiri. Saya fikir ia satu negara yang sukar untuk bekerja tetapi penuh dengan semangat,” katanya.

Advertisements

Bagi Brazil dan Portugal, siapa saja yang mahukan khidmatnya perlu merundingkan penamatan kontrak dengan AS Roma terlebih dahulu. Ini kerana Mourinho masih mempunyai baki kontrak sehingga 2024. Dan bekas pengurus Porto itu pastinya tidak mahu meninggalkan Giallorossi terkontang-kanting pada pertengahan musim.

News Comments Account