Jurulatih Brazil, Tite Umum Letak Jawatan
Piala Dunia
Channels Television
Advertisements

Tidak sampai dua jam selepas Brazil tersingkir dari pusingan suku akhir Piala Dunia 2022, jurulatih Selecao Tite mengumumkan perletakan jawatannya. Tindakan bekas jurulatih Corinthians itu dibuat bukan saja sebagai tanda bertanggungjawab atas kekalahan mengejut di tangan Croatia. Tetapi pada masa sama, memberi peluang kepada jurulatih baru mengetuai skuad Brazil.

Bercakap kepada media beberapa jam selepas perlawanan Brazil-Croatia, Tite berkata, “Kitaran (tempoh bergelar jurulatih Brazil) sudah berakhir dan saya katakan satu setengah tahun yang lalu dan saya berpegang kepada janji saya. Kita tidak boleh cetuskan drama. Terdapat ramai jurulatih profesional hebat yang boleh menggantikan saya. Kitaran ini sudah berakhir.”

Dengan perletakan jawatan Tite, beberapa jurulatih mula dikaitkan dengan kerusi panas itu. Antara nama yang dicanang ialah Renato Gaucho, Rogerio Micale dan Andre Jardine. Malah, nama jurulatih Manchester City Pep Guardiola turut dicanang sebagai pengganti Tite beberapa bulan lepas sebelum legenda Barcelona itu memeterai kontrak baru dua tahun dengan Citizens pada November lalu.

Advertisements

Tite, 61, dibawa masuk sebagai pengganti Dunga sekitar tahun 2016. Dalam tempoh enam tahun bersama Selecao, beliau mengurus 81 perlawanan dengan 60 daripadanya berakhir dengan kemenangan. Brazil turut menjaringkan 174 gol dan hanya dibolosi 30 kali. Walaupun menang Copa America 2019, Selecao tersungkur di peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 di tangan Belgium dan Croatia.

Siapa saja jurulatih yang dipilih Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), mereka bakal berdepan tugas berat membentuk semula pasukan bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram