Pengurus terkenal, Jose Mourinho berhasrat untuk membantu kelab lamanya, Man United kembali digeruni di pentas Eropah dan dunia.
Menerusi ciapan yang dibuat oleh portal Centre Devils, Jose Mourinho seakan berminat untuk kembali membimbing kelab Manchester itu bagi menyelseaikan
“Jose Mourinho mengintai kepulangan sensasi ke Manchester United. Dia fikir dia mempunyai ‘urusan yang belum selesai’ di Old Trafford”, tulis Centre Devils di laman X.
Untuk rekod, Jose Mourinho atau ‘The Special One‘ pernah membimbing Manchester United pada musim 2016/2017 sehingga pertengahan musim 2018/2019
Dalam tempoh tersebut, beliau berjaya membawa The Red Devils memenangi Liga Eropah UEFA, Piala Liga Inggeris dan Perisai Komuniti pada musim pertamanya.
Pengurus berusia 61 tahun ini kini bergelar ejen bebas selepas berpisah bersama kelab Serie A, AS Roma beberapa minggu yang lalu.
Kedudukan pengurus semasa, Erik Ten Haag kini dilihat sedikit terancam selepas mempamerkan aksi kurang memberangsangkan dengan mencatatkan hanya dua kemenangan dalam tujuh aksi liga.
Ditambah pula beberapa isu dalaman yang melibatkan para pemain dan Ten Haag menjadikan suasana di bilik persalinan agak suram buat The Red Devils.
Prestasi kurang konsisten Manchester United menyebabkan mereka kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris selain tersingkir awal dalam saingan Carabao Cup dan Liga Juara-Juara UEFA.