Jose Mourinho: Saya Mahu Perlawanan Ke-1000 Kekal Dalam Ingatan Buat Selamanya
Eropah
Twitter: @officialasroma
Advertisements

Pengurus baru As Roma, Jose Mourinho menganggap dirinya seperti kanak kanak berusia 14 tahun selepas melengkapkan kemenangan perlawanannya yang ke-1000 dengan berakhir kemenangan yang penuh dramatik. 

Jaringan gol pada dua minit masa tambahan sebelum tamat permainan menerusi Stephan El Shaarawy memastikan kemenangan berpihak kepada As Roma dengan keputusan 2-1 menentang Sassuolo. 

Reaksi yang ditunjukkan oleh pengurus dari Portugal itu jelas kelihatan sangat gembira selepas berlari terus menuju ke bahagian belakang gawang gol untuk meraikan jaringan yang dihasilkan itu bersama pemainnya. 

Advertisements

Menurut Mourinho, beliau mengatakan yang itu adalah perlawanan istimewa buatnya akan tetapi jika berakhir dengan kekalahan ia akan memberi kesan buruk kekal dalam ingatannya. 

“Ini adalah perlawanan dengan nombor khas untuk saya, yang sehingga hari terakhir hidup saya akan selalu ingat bahawa ini adalah permainan ke-1000. Saya takut memori ini kekal dengan kekalahan.”

“Saya merasakan seperti bukan berusia 58 tahun hari ini. Saya seolah-olah berada pada usia 10,12,14 tahun yang mana ketika itu peringkat usia yang mengimpikan karier dalam bola sepak. Saya meraikan gol itu seperti larian kanak-kanak.”

Advertisements

“As Roma adalah pasukan yang bagus. Saya tahu bahawa sejak hari pertama saya mula mempelajarinya, jadi ini adalah tiga perkara yang sangat penting.”

Kemenangan itu terlalu istimewa buat Mourinho di sepanjang kariernya kerana secara statistik beliau telah berjaya mencatatkan perlawanan yang ke-1000 dengan 638 kemenangan, seri 205 dan tewas dalam 157 perlawanan sebagai pengurus.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram