Juan Martin Lucero ‘Hantar’ Santos Ke Divisyen Dua Selepas 112 Tahun
Dunia
JST & Fortaleza FC
Advertisements

Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Martin Lucero menjadi sebahagian daripada catatan sejarah Santos hari ini.

Ini kerana jaringan kemenangan beliau buat kelabnya, Fortaleza sudah cukup untuk menyingkirkan kelab Brazil penuh bersejarah itu ke Serie B buat kali pertama dalam tempoh 112 tahun.

Santos amat memerlukan kemenangan agar dapat kekal di Serie A untuk semusim lagi. Ini kerana tiga mata sudah cukup untuk mengheret Bahia ke zon penyingkiran.

Advertisements

Begitupun, Fortaleza yang menduduki tangga ke-10 liga mendahului pada minit ke-39 menerusi Marinho. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Santos menyangka mendapat talian hayat menerusi gol penyamaan Marcos Leonardo pada minit ke-58.

Advertisements

Namun begitu, harapan mereka berkecai apabila bekas peledak Harimau Selatan itu menyumbat gol kemenangan Fortaleza pada minit ke-106.

Gol tersebut sudah cukup menghantar Santos menyertai America Mineiro, Coritiba dan Goias ke Serie B musim hadapan.

Advertisements

Gol itu merupakan gol kesembilan penyerang Argentina itu bersama Fortaleza dalam Serie A musim ini.

Bagi penyokong Harimau Selatan yang menonton gol tersebut, ia pastinya mengimbau memori Lucero bersama pasukan itu satu ketika dahulu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram