Juan Mata Dikaitkan Ke Barcelona & Real Sociedad
Transfer
Jamie McDonald/Getty Images
Advertisements

Dengan kontrak berbaki enam bulan, jodoh Juan Mata bersama majikannya Manchester United dijangka berakhir penghujung musim ini. Tetapi mengikut beberapa laporan di Sepanyol, Barcelona dan Real Sociedad sedang mengintai mendapatkan khidmatnya secara percuma Januari ini.

Sociedad yang ketika ini menduduki tangga keenam La Liga berharap kehadiran Mata dapat menyuntik elemen kreativiti dan pengalaman dalam pasukan mereka. Jika beliau bersetuju dengan cadangan kelab Basque itu, Mata bakal beraksi bersama rakan lamanya di Valencia, David Silva. Silva pergi ke San Sebastian secara percuma selepas kontraknya bersama Manchester City tamat pada akhir musim 2019-2020.

Bagaimanapun, sebarang usaha perpindahan bergantung kepada keinginannya menerima gaji lebih rendah di San Sebastian. Ketika ini, Manchester United memperuntukkan gaji mingguan sebanyak £100,000 untuk Mata.

Advertisements

Tetapi jika diberi peluang beraksi bersama pasukan utama, ia satu kemungkinan yang pasti direbut bekas pemain perancang Chelsea itu. Mata membuat tiga penampilan piala bersama Red Devils dan tidak membuat sebarang penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selain Real Sociedad, Barcelona juga turut mengintai khidmat Mata untuk memperkukuh skuad bimbingan Xavi Hernandez itu. Seperti Sociedad, Barca juga berharap United dapat melepaskan pemain Sepanyol itu secara percuma Januari ini. Ini selepas mereka membelanjakan £55 juta untuk Ferran Torres dari Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram