Juara AFCON 2023 Mahu Lawan Malaysia Mac Ini?
Harimau Malaya
CAF
Advertisements

Malaysia berpotensi menjadi gelanggang persahabatan membabitkan tiga pasukan gergasi dunia termasuk juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023, Ivory Coast pada Mac ini.

Ini selepas wartawan Argentina, Leo Paradizo mendedahkan Malaysia antara negara yang dipertimbang sebagai lokasi alternatif untuk dua aksi persahabatan membabitkan Argentina, Ivory Coast dan Nigeria.

Selain Malaysia, Argentina dilaporkan turut menimbang tiga lokasi lain iaitu Indonesia, India dan Amerika Syarikat.

Advertisements

Pencarian lokasi alternatif mula digerakkan selepas dua aksi persahabatan Argentina dengan Super Eagles dan The Elephants pada Mac ini tidak dapat diadakan di China.

Pembatalan ini dibuat pihak berkuasa Hangzhou dan Beijing susulan kontroversi ketidakmunculan Lionel Messi dalam aksi persahabatan Inter Miami di Hong Kong baru-baru ini.

Legenda Barcelona itu tidak diturunkan dalam aksi persahabatan itu kerana mengalami kecederaan di bahagian groin.

Advertisements

Bagaimanapun, beliau kemudiannya beraksi dalam aksi persahabatan Inter Miami dan Vissel Kobe di Jepun beberapa hari selepas itu.

Hal ini mengundang kemarahan peminat bola sepak China dan mencetus persepsi negatif terhadap Messi dan The Herons.

Meskipun Messi, Inter Miami dan penganjur perlawanan sudah memohon maaf, kontroversi tersebut terus berlanjutan.

Advertisements

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa tempatan di Hangzhou mengumumkan pembatalan penganjuran perlawanan persahabatan Argentina-Nigeria.

Ini disusuli pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Beijing bahawa perlawanan Argentina-Ivory Coast di ibu negara China itu juga dibatalkan.

Situasi ini memaksa Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mencari pelan alternatif agar tidak menjejaskan perancangan pasukan yang dibimbing Lionel Scaloni itu.

Advertisements

Seandainya Malaysia terpilih sebagai lokasi alternatif untuk dua aksi persahabatan itu, situasi ini diharap tidak mengganggu persiapan Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Ini kerana Malaysia bakal turun menentang Oman untuk aksi ketiga Kumpulan D di Muscat pada 21 Mac.

Ini disusuli aksi timbal balik di stadium keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram