Juara Eropah Buru Sanusi
Eropah
Porto FC
Advertisements

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan kental Porto FC, Zaidu Sanusi.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara bintang paling konsisten bersama pasukan gergasi Portugal itu sejak dua musim kebelakangan ini.

Kecemerlangan pertahanan kiri Nigeria ini telah membuka mata ramai pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Menerusi beberapa laporan di Eropah, Juara EUFA Conference League 2023, West Ham menunjukkan minat untuk membawa masuk Sanusi.

The Hammers setakat ini belum menandatangani mana-mana pemain namun kehilangan tunjang utama yang juga kapten pasukan, Declan Rice awal musim ini.

Malah, antara kelompongan dalam pasukan David Moyes adalah pada bahagian pertahanan kiri selepas pertahanan berpengalaman, Aaron Creswell gagal mendapatkan prestasi yang diharapkan.

Advertisements

Bintang utama pasukan, Emerson Palmieri pula juga menampilkan aksi yang kurang konsisten sekaligus nama Sanusi dikaitkan dengan posisi tersebut.

Sanusi juga bukanlah pemain utama di Porto kerana jurulatih Sergio Conceicao sering menggilirkannya beliau dengan seorang lagi pemain iaitu Wendell.

Oleh yang demikian, prospek berbakat Nigeria itu mungkin terbuka untuk membawa haluan baharu terutamanya beraksi di EPL.

Advertisements

Menurut Transfermarkt, nilai Sanusi mencecah RM37 Juta ketika ini dan berkemungkinan menjadi pembelian pertama West Ham musim ini.

Pembelian beliau sudah pasti menguntungkan kelab barat London itu selepas membenam Chelsea, minggu lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram