Advertising
Jude Bellingham Sudah Merancang Keraian Gol Sejak 4 Tahun Yang Lalu
Eropah
MakanBola
BeIN Sports

Bintang tengah Real Madrid dan England, Jude Bellingham sangat sinonim dengan keraian gol unik dengan cara tangan terbuka. Tetapi ramai yang tidak sedar, keraian gol itu sudah dirancang empat tahun yang lalu.

Keraian gol ikonik yang dihasilkan Bellingham itu terjadi empat tahun yang lalu dalam perlawanan menentang Charlton Athtletic bagi saingan Sky Bet Championship. Gol tunggal Bellingham berjaya memberikan tiga mata berharha buat Birmingham.

Kini empat tahun sudah berlalu dan keraian gol yang diperkenalkan Bellingham mula menjadi ikutan ramai. Ketika ditanyakan mengenai bagaimana beliau terfikir untuk meraikan gol dengan cara sedemikian, Bellingham sendiri tidak tahu dan ianya berlaku tanpa sebab.

Ad

“Sebenarnya saya tidak tahu dari mana asalnya keraian tersebut. Saya mula melakukannya di Birmingham dan dari situ saya meneruskannya tetapi tiada sebab. Ia adalah satu kebanggaan bahawa kanak-kanak mula meniru saya,” jelas Bellingham kepada media.

Antara atlet berprofil tinggi yang turut melakukan keraian itu adalah pemain tenis nombor dua dunia yang juga peminat Real Madrid, Carlos Alcaraz.

Ad
Ad

Bellingham telah membuka mata banyak pihak di usia 20 tahun. Untuk musim ini, Bellingham sudah meledak 13 gol dalam 13 penampilan bersama Real Madrid selain turut menyumbang tiga bantuan gol setakat ini.