Ads
Jung Byung-ju Tinggalkan Kelantan DN
Transfer
Kelantan Darul Naim FC

Pemain tengah Korea Selatan, Jung Byung-ju sah tidak lagi bersama pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Advertisements

Perkara ini disahkan pengurusan Sang Kijang Emas menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Byung-ju dan pengurusan Kelantan DN memutuskan untuk menamatkan kontrak yang dimeterai secara persetujuan bersama.

Advertisements
Advertisements

Keputusan ini menyaksikan pemain tengah berusia 21 tahun itu mengikut jejak Chadrack Muzungu, Valdumar Augusto Te dan David Ribera yang turut meninggalkan kelab.

“Kelantan Darul Naim FC dan pemain import, Jung Byung-ju bersetuju menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama.

Advertisements

“Jung yang dibawa masuk dari kelab K4 Korea Selatan, FC Sejong pada awal musim tempoh hari jarang mendapat tempat dalam skuad Liga Super dan hanya diturunkan sekali ketika tewas kepada Selangor FC.

“Bagaimanapun, Jung telah mendapat peluang dan ruang yang cukup banyak selepas diturunkan beberapa kali dengan skuad KDN FC II dalam saingan Piala MFL.

“Selepas perbincangan menyeluruh diantara kedua-dua pihak, Kelantan Darul Naim FC serta Jung Byung-ju mengambil keputusan untuk berpisah,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Byung-ju hanya merekodkan satu penampilan bersama Kelantan DN iaitu aksi Liga Super menentang Selangor FC pada 10 Ogos lalu.

Kini, Kelantan DN menagih kudrat Oday dan Layth Kharoub, Michal Jerabek, Kim Li-kwan, Goo Ah-hwoi, Bae Kyeong-hwan, Aung Kaung Mann dan Washington Brandao sebagai tonggak import untuk musim 2024/25.

Selain empat tonggak import berkenaan, Sang Kijang Emas turut memaklumkan Faizal Talib dan Muhaimin Mohamed turut meninggalkan pasukan secara pinjaman.

Advertisements

Faizal dan Muhaimin masing-masing menyertai sebuah kelab Liga Super dan Liga A1 Semi-Pro untuk baki musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram