Ads
Fikri & Washington Brandao Beri Impak Segera Buat Kelantan DN
Liga Super
Kelantan Darul Naim FC

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan Fikri Che Soh dan Washington Brandao.

Advertisements

Kedua-duanya merupakan antara tonggak baru Sang Kijang Emas yang tiba dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Fikri dipilih sebagai penjaga gol utama Kelantan DN dalam aksi terbaru liga menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 22 September lalu. Manakala Brandao pula masuk menggantikan Bae Kyeong-hwan pada separuh masa kedua.

Advertisements
Advertisements

Meskipun pasukan Pantai Timur itu tewas 6-1 kepada Harimau Selatan, Rezal melihat dua pemain berkenaan banyak memberi kekuatan kepada Kelantan DN.

“Pemain ini menguatkan posisi. Fikri (Che Soh) di posisi penjaga gol cemerlang kerana banyak menyelamatkan percubaan (JDT).

Advertisements

“Kehadiran Washington (Brandao) lebih baik dari import sebelum ini. Kita nampak di bahagian serangan kesungguhan pemain cuma kegopohan serta keputusan terakhir perlu diperbaiki.

“Segala kesilapan malam ini (tadi) perlu dibaiki sebelum KDN FC lawan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan DN kekal di tangga ke-13 liga dengan tiga mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Selain Fikri dan Brandao, Sang Kijang Emas turut menurunkan tiga lagi tonggak baru iaitu Aung Kaung Mann, Hakimi Abdullah dan Layth Kharoub. Layth menyumbat gol saguhati buat pasukan itu pada minit ke-65.

Selepas ini, Kelantan DN bakal bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk menentang tuan rumah, Negeri Sembilan pada 27 September ini.

Advertisements

Pasukan yang dibimbing Park Jae-hong itu berharap dapat meleburkan rekod tanpa kalah Sang Rusa ke atas Sang Kijang Emas. Ini kerana Negeri Sembilan masih belum kalah dengan Kelantan DN dalam empat perlawanan sebelumnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram