Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui sudah memantau aksi tiga lawan yang bakal berada dalam satu kumpulan di Piala Asia 2023.

Advertisements

Pengendali kelahiran Jerman itu berjaya mentransformasikan skuad Korea Selatan setelah mengharungi musim buruk pada permulaan tahun 2023.

Para pemain akhirnya memahami falsafah yang dimahukan olehnya apabila merekodkan kemenangan bersih dalam 5 perlawanan terakhir.

Advertisements

Pasukan yang menghuni tangga ke-28 dunia itu berada dalam momentum terbaik apabila bakal membuka tirai berdepan Bahrain bagi saingan Piala Asia.

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 57 tahun itu sudah melakukan sebaik mungkin termasuklah menganalisis kekuatan lawan seperti Malaysia, Bahrain dan Jordan.

Advertisements

“Ini merupakan sebahagian daripada tugas kami (jurulatih) untuk memantau lawan dan membuat analisis terhadap prestasi mereka. Kami memantau mereka secara langsung di stadium di mana mereka beraksi bagi beberaap bulan kebelakangan ini.”

“Kami (Korea Selatan) sudah memiliki gambaran yang jelas berkenaan tiga lawan kami nanti tetapi kami perku turun dengan penuh penghormatan dan setiap perlawanan akan menjadi sukar.”

Bekas jurulatih Bayern Munich ini bagaimanapun mengakui persiapan paling penting adalah buat pasukan untuk menampilkan aksi terbaik.

“Kami sudah menemui rentak terbaik bagi tahun 2023, saya rasa satu demi satu langkah pemain mula memahami idea yang saya cuba terapkan dan beberapa aksi terakhir adalah amat baik untuk kami.”

“Kami melakukan banyak analisis dan kami sudah ada gambaran jelas tentang lawan di peringkat kumpulan, jelasnya.

Malaysia akan menghadapi tentangan jaguh Asia ini pada 25 Januari 2024 pada jam 7:30 petang di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram