Jürgen Klinsmann Susah Hati, Cari Cara Tewaskan China
Piala Dunia
Yonhap
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann berasa risau apabila pasukannya bakal berhadapan dengan China bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 esok.

Kerisauan ini sudah pun terpancar olehnya pada aksi pertama menentang Singapura di laman sendiri dengan pengendali kelahiran Jerman itu yakin setiap pasukan bakal memberikan yang terbaik.

Sungguhpun turun dengan status pasukan pilihan, jurulatih berusia 58 tahun itu tidak mahu terlalu selesa dan mahu para pemainnya terus memberikan yang terbaik.

Advertisements

Menerusi satu laporan daripada media Korea, Klinsmann yakin rekod baik dalam 4 perlawanan terakhir bukan kayu ukur sambil beliau sentiasa fokus menghadapi lawan seterusnya.

“Saya tidak setuju (rekod memberikan kelebihan), itu cara yang salah untuk menilai sesuatu. Setiap pasukan yang beraksi di Kelayakan Piala Dunia akan bersaing dengan lebih hebat sekarang. Ia tetap akan menjadi lawan yang susah.”

Advertisements

“Kamu harus ada bentuk pemiliran yang profesional. Kami akan sentiasa serius dalam menghadapi perlawanan kelayakan,” jelasnya kepada Sport Star.

Bekas jurulatih Amerika Syarikat ini tetap mahu memastikan anak buahnya memperagakan persembahan konsisten berdepan wakil ke-79 dunia itu.

Advertisements

Sebelum ini, Malaysia juga pernah berdepan China bagi aksi persahabatan bulan September dan berjaya mengikat lawan dengan keputusan 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram