Jurgen Klopp Minta FIFA Siasat Arab Saudi
Eropah
Sky Sports
Advertisements

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meminta FIFA untuk menyiasat isu perpindahan liga Arab Saudi yang rancak membawa masuk pemain dari eropah ketika ini.

Jurgen Klopp tidak gembira dengan jadual perpindahan liga Arab Saudi yang dibuka sehingga 20 September manakala liga England pula dibuka sehingga 1 September ini.

Ini selepas Al-Ittihad ingin mendapatkan khidmat Mohamed Salah dan tarikh perpindahan pemain yang berbeza menyebabkan pasukan Liverpool tidak sempat mencari pemain baharu jika Salah berpindah keluar.

Advertisements

Namun Klopp percaya FIFA mempunyai kapasiti untuk bertindak agar landskap perpindahan pemain menjadi lebih adil buat kedua-dua belah pihak.

“Pihak berkuasa perlu jelaskan jika kamu (Arab Saudi) ingin menjadi sebahagian daripada sistem, kamu seharusnya melakukan bisnes seperti kami yang lain. Jika kita tidak boleh mengubah semuanya, kita perlu ubah perkara tersebut (tarikh jendela perpindahan).” ujar Klopp menurut laporan Sport Bible.

“Saya yakin FIFA boleh melakukannya semudah memetik jari. Saya tidak pasti FIFA mahu bertindak namun mereka boleh sahaja bertindak.” tambah Klopp lagi.

Advertisements

Dikhabarkan juga bahawa Salah tidak menolak untuk menyertai kelab Arab Saudi jika Liverpool menerima tawaran daripada kelab tersebut.

3 pemain Liverpool yang meninggalkan kelab telah menyertai liga Arab Saudi seperti Roberto Firmino, Jordan Henderson, Fabinho dan terbaru Mohamed Salah pula sedang dikaitkan dengan kelab Al-Ittihad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram