Ketua jurulatih Liverpool FC, Jurgen Klopp teruja dengan kemampuan penyerang muda pasukan, Darwin Nunez ketika sesi latihan.
Pemain berusia 23 tahun ini telah mencuri tumpuan pengendali kelahiran Jerman itu dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Kepulangan Diogo Jota daripada kecederaan selain adanya khidmat Roberto Firmino menambah saingan bagi mengisi posisi nombor 9 The Reds.
Walau bagaimanapun, Klopp mengakui teruja dengan kualiti yang dimiliki oleh pemain kebangsaan Uruguay ini ketika sesi latihan.
Katanya, mereka yang melihat kebolehan sebenar Nunez terutamanya dalam menjaringkan gol sudah pasti akan terpesona dan mengakui kehebatan pemain ini.
“Jika kamu mampu melihat penyudahnya ketika latihan, kamu pasti berkata, Oh Tuhanku.”
Beliau yang dibawa masuk dengan tanda harga yang cukup tinggi masih berusaha keras untuk mencari rentak terbaik dalam memastikan kecemerlangan pasukan yang kini terpelosok di tangga ke-10 EPL.
Sungguhpun berjaya meledak satu gol, ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Liverpool mengutip 3 mata apabila tewas kepada Arsenal semalam.