Jurulatih Chungbuk Cheongju Dedah Punca Kogileswaran Tak Beraksi Di Korea
Asia
@chfc_2023
Advertisements

Semua maklum sejak menyertai kelab K-League 2, Chungbuk Cheongju awal tahun ini, R. Kogileswaran jarang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama. Dan hari ini, pengurus Chungbuk, Choi Yun-kyum mendedahkan sebab sebenar bekas pemain sayap PJ City itu jarang diturunkan.

Beliau memberitahu disebabkan prestasi kurang memberangsangkan pasukan dalam saingan liga kebelakangan ini, sukar untuknya bereksperimen termasuk memberi peluang kepada Kogileswaran.

Chungbuk mengalami tujuh kekalahan dalam semua kejohanan sebelum ini termasuk tewas kepada Gangwon dalam pusingan ketiga Korean FA Cup. Hanya baru-baru ini, kelab mendapat semula sentuhan kemenangan dengan mengalahkan Cheonan City dan Ansan Greeners.

Advertisements

Justeru, Yun-kyum melihat dengan prestasi pasukan sudah stabil, beliau bersedia memberi peluang kepada Kogileswaran beraksi dalam kesebelasan utama. “Jika ada ruang untuk persembahan pasukan kali ini, saya mahu bereksperimen dengan menyenaraikan dia (Kogileswaran) dan menilai keupayaannya untuk bersaing.

“Kogi sudah hilang banyak lemak dan berat badan tetapi kuasa dan kepantasannya mempunyai kecenderungan untuk menurun pada kadar yang banyak. Jika dia bersaing dengan pasukan-pasukan yang berlawan dengan kuat seperti sekarang, dia akan bergelut.

“Jadi, saya pertimbangkan untuk meletakkan dia dalam pasukan di mana dia lebih beradaptasi dan pasukan mencapai keputusan yang lebih memuaskan,” katanya kepada Sports-G.

Advertisements

Ramai penyokong Harimau Malaya berharap janji tersebut dapat dipenuhi. Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada awal tahun hadapan, Kogileswaran pastinya tidak mahu tersisih daripada perancangan ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram