Jurulatih Dortmund Puji Stadium Dan Penyokong JDT
Dunia
JST
Advertisements

Perlawanan persahabatan di antara pasukan gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir seperti diramalkan iaitu kemenangan buat Dortmund yang mudah menewaskan JDT dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Namun disebalik kekalahan besar JDT itu, mereka ada sebab untuk merasa bangga. Ini kerana jurulatih Dortmund, Edin Terzic mengakui bahawa keadaan Stadium Sultan Ibrahim sangat menakjubkan. Dalam masa yang sama beliau juga tahu bahawa stadium tersebut merupakan antara yang tercantik di Asia.

Selain mempunyai padang yang baik, Terzic juga terkesima dengan penyokong JDT yang membuatkan atmosfera luar biasa ketika perlawanan berlangsung.

Advertisements

“Hanya ada satu perkataan untuk stadium ini iaitu ianya sangat menakjubkan. Saya mendapat khabar bahawa ianya adalah antara salah satu stadium tercantik di Asia dan kami dapat merasainya dan ianya sangat hebat.

“Stadium ini bukan sahaja mempunyai padang yang baik, tetapi para penyokong juga sangat hebat dengan atmosfera yang hebat. Anda dapat merasakan rasa cinta para penyokong kepada pasukan JDT dan ianya memberikan pemain muda kami pengalaman yang cukup baik.

“Perlawanan pada malam ini cukup baik untuk kami berada dalam ritma kecergasan dan juga memberikan peluang kepada pemain kami untuk beraksi. Ianya bukan mudah dengan keadaan cuaca yang berbeza dengan di Jerman tetapi kami melakukan tugas yang baik dan kini bersedia untuk mengharungi baki musim Bundesliga,” katanya kepada Flash Sukan.

Advertisements

Dalam perlawanan semalam, gol-gol Dortmund dijaringkan oleh Justin Njinmah, Donyell Malen, Ole Pohlmann dan Samuel Bamba manakala gol saguhati JDT dijaringkan oleh pemain sayap lincah mereka, Arif Aiman Hanapi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram