Jurulatih Hijau Kuning Timba Ilmu Berharga Di LALIGA
Eropah
MakanBola
LA LIGA CORPORATIVO
Advertisements

Barisan kejurulatih Hijau Kuning telah diberikan peluang untuk menimba pengalaman dan menuntut ilmu di LALIGA.

Menerusi satu kenyataan oleh laman LALIGA, dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik berkenaan bola sepak pada peringkat antarabangsa, pihaknya telah menerima kunjungan daripada delegasi Hijau Kuning FC (HKFC).

Advertisements

“Delegasi berprofil tinggi dari Hijau Kuning FC (HKFC) tiba bermula 22 hingga 31 Jun yang diketuai oleh Presiden HKFC, Encik Muhammad Talhah Zainol dan pihak pengurusan, Pengurus Insp PDRM FC, Encik Shamshul Hisham, CFO PDRM FC, DSP Mohd Hasrulrizal Shah dan dua jurulatih dari struktur Akademi HKFC iaitu En Rafdi Abdul Rashid dan En Mohd Firdaus Ahmad.

“Lawatan itu telah menjadi rangsangan penting kepada tujuan kedua-dua entiti yang komited terhadap pembangunan bola sepak profesional di Malaysia melalui struktur bola sepak akar umbi yang kukuh dalam rangka pembelajaran berterusan dan pertukaran kepakaran.

Advertisements

Sepanjang berada di Sepanyol, jurulatih HKFC telah menyertai bengkel latihan yang disediakan oleh LALIGA selain delegasi itu turut diberi peluang untuk mengadakan mesyuarat kerja dengan pelbagai jabatan LALIGA, mencari sinergi dalam struktur berbeza industri sukan.

Mereka juga berkesempatan untuk melawat kelab seperti Atletico Madrid, Getafe CF, Real Valladolid, Stadium Santiago Bernabeu, dan menghadiri aksi LALIGA EA SPORTS antara Getafe CF dan RCD Mallorca.

Advertisements

Delegasi turut menghadiri ESC LALIGA & NBA Centre secara langsung iaitu tempat LALIGA ACADEMY membangunkan sebahagian daripada projek akar umbinya di ibu negara Sepanyol.

“Lawatan ini mewakili komitmen bersama kedua-dua organisasi, yang menandatangani perjanjian di Madrid pada 2022 untuk pembangunan bola sepak akar umbi. Sejak itu, LALIGA dan HKFC telah mempromosikan kerjasama antarabangsa dan pertukaran budaya dan sukan, juga dengan sokongan beberapa kelab LALIGA EA SPORTS seperti CD Leganes, yang melawat kelab Malaysia dan menganjurkan kem untuk pemain mereka pada tahun 2023.

Advertisements

“Bersama-sama dengan projek lain seperti lawatan jurulatih LALIGA untuk bengkel yang didedikasikan kepada jurulatih HKFC di Alor Star. Bengkel di Sepanyol ini telah menjadi bukti usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan antara LALIGA dan bola sepak Malaysia selain menyokong pembangunan sukan itu secara global,” jelas La Liga dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Hijau Kuning FC telah ditubuhkan pada 2021 berdasarkan idea “Projek Menjelang 2000” (PM2000) Kedah Darul Aman oleh Allahyarham Datuk Paduka Hj. Ahmad Basri Bin Mohd Akil pada tahun 1991.

Matlamat utama projek ini adalah untuk melahirkan pemain bola sepak profesional negeri Kedah dan Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Advertisements

Selain itu, program ini bertujuan untuk membentuk sikap profesional dan pemain yang berpengetahuan dalam industri bola sepak antarabangsa.

HKFC telah bekerjasama dengan beberapa rakan strategik untuk menjayakan program ini seperti PDRM FC sebagai rakan rasmi Program Akar Umbi dan Kolej Sultan Abdul Hamid (Sekolah Perdana).

Advertisements

News Comments Account