Jurulatih Hoki Malaysia Tak Ambil Gaji Sepanjang Berkhidmat
UltraSukan
FIH
Advertisements

Tidak ramai tahu pengendali skuad hoki 5s Malaysia, Wallace Tan memilih untuk tidak mengambil gaji sepanjang mengendalikan pasukan itu.

Pengorbanan beliau didedahkan sendiri oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil beberapa hari lalu.

Subahan menawarkan gaji kepada beliau bersesuaian dengan statusnya sebagai jurulatih skuad hoki 5s kebangsaan.

Advertisements

Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak Wallace atas alasan bukan saja kerana mahu membantu MHC.

Malah, bekas pengendali skuad hoki senior lelaki kebangsaan berbuat demikian atas rasa cinta kepada sukan tersebut.

Advertisements

“Macam Wallace (Tan), ketua jurulatih mereka. Saya memang terharu kerana Wallace Tan, bila saya nak bayar gaji, beliau tak mahu.

“Beliau beritahu saya, ‘Tidak, tidak, Datuk. Saya lakukannya sebab saya cintakan hoki. Saya nak bantu anda, bolehkah anda bantu saya?’

Advertisements

“Ini cerita benar ya. Saya ceritakan bukan kerana beliau berjaya (bawa skuad hoki 5s ke final Hoki 5s Piala Dunia). Beliau tak mahu. Dan saya cakap saya tiada gaji kepada Wallace Tan ini.

“Beliau buat kerana nak bantu kami. Macam elaun makan itu, kita bagilah. Melampaulah kalau elaun makan pun tak nak.

Advertisements

“Orang macam itu kita patut hargai kerana mereka lakukannya di gelanggang mereka. Mereka mahu beri sumbangan kembali kepada (sukan) hoki. Orang macam ini yang kita sepatutnya jaga,” katanya kepada UltraSukan.

Pengorbanan Wallace membantu skuad hoki 5s negara muncul naib juara Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat, Oman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram