Jurulatih JDT II, Mariano Echeverria Bawa Haluan Baharu
Transfer
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Selepas dua tahun menabur bakti, Jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mariano Echeverria mengumumkan pengunduran dirinya dari jaguh Selatan tanah air itu.

Jurulatih berusia 42 tahun itu mula melatih pemain muda JDT II sejak 2021 dan beberapa kejayaan berjaya diraih beliau dalam tempoh dua tahun ini.

Antara kejayaan besar yang diraih Echeverria adalah ketika membawa JDT II menjulang kejuaraan Liga Perdana musim lalu selepas menewaskan Selangor II dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Pengumuman pengunduran diri Echeverria dari keluarga JDT telah diumumkan beliau melalui satu muat naik di laman instagram rasmi beliau.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Bos (Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ) dan Martin Prest (Pengarah Sukan JDT) kerana mempercayai, menyokong, setia setiap hari selama 2 musim. Kemahuan (memang) ingin teruskan tetapi sudah tiba masanya untuk mencari cabaran baru.

Advertisements

“Terima kasih kepada semua pemain yang sangat baik, dari remaja hingga ke pasukan kebangsaan. Kami berkembang bersama, mereka adalah keluarga saya,” coret Echeverria.

Ucapan terima kasih juga diungkapkan Echeverria kepada penyokong rakyat Johor yang sentiasa menghormati dirinya dan keluarganya.

Advertisements

Nama Echeverria juga baru-baru ini tercalon dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) edisi 2023 sebagai calon jurulatih terbaik bersama-sama jurulatih hebat yang lain seperti Esteban Solari (JDT), Tan Cheng Hoe (Selangor FC) dan Nafuzi Zain (Kedah Darul Aman FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram