Advertisements
Jurulatih Jerman Dipecat Setelah Dimalukan Jepun
Eropah
MakanBola
DFB-Team

Ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick telah dipecat ekoran kekalahan 1-4 ke atas Jepun dalam aksi persahabatan yang menyaksikan prestasi Jerman kini semakin merosot.

Persatuan bolasepak Jerman kini sedang membincangkan tentang calon yang sesuai untuk memegang jawatan ketua jurulatih Jerman lebih-lebih Jerman bakal menjadi tuan rumah untuk kejohanan EURO 2024.

Fabrizio Romano melaporkan Rudi Voller bakal menjadi pengurus interim buat Jerman sehingga mereka menjumpai calon tetap.

Rudi Voller sebelum ini merupakan pengarah teknikal pasukan kebangsaan Jerman.

Hansi Flick dilantik sebagai ketua jurulatih Jerman pada Ogos 2021 yang lalu setelah mengharungi musim yang cemerlang bersama Bayern Munich termasuk membawa Bayern Munich memenangi 6 gelaran (sextuple).

Namun sepanjang menguruskan 25 perlawanan untuk Jerman, Hansi Flick hanya berjaya meraih 12 kemenangan, 7 seri dan 6 kekalahan.

Segalanya tidak kena bermula dengan kegagalan Jerman diperingkat kumpulan dalam pertandingan Liga Negara UEFA 2021 dan juga Piala Dunia Qatar 2022.

Kali terakhir Jerman memenangi perlawanan adalah pada bulan Mac yang lalu ke atas pasukan Peru. Kemudian, Jerman gagal meraih sebarang kemenangan malah tewas 4 kali dan seri sekali dalam 5 perlawanan terakhir.

Kekalahan ke atas Jepun di laman sendiri kini menjadi kemuncak buat prestasi merudum Jerman apabila Hansi Flick dipecat setelah 2 tahun bersama pasukan kebangsaan Jerman.