Jurulatih Kawasaki Frontale Beri Penghormatan Tinggi Kepada JDT
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui JDT kini semakin baik berbanding musim lalu sungguhpun mengutip tiga mata tempoh hari.

Pengakuan ini dibuat selepas tamat perlawanan pertama Kumpulan D yang menyaksikan pasukannya menang dengan keputusan tipis 1-0.

Pengendali kelahiran Jepun itu mengakui bahawa hasrat pasukannya untuk beraksi secara menyerang dengan lebih kerap terbantut kerana skuad Harimau Selatan juga mampu menghadirkan ancaman yang sama.

Advertisements

Situasi ini terbukti apabila pasukannya hanya mampu menjaringkan satu gol selain memiliki penguasaan bola yang seimbang seperti anak buah Tano Solari.

Oniki juga mengarahkan barisan pemainnya untuk beraksi lebih bertahan pada 10 minit terakhir perlawanan bagi menutup sebarang kebangkitan lewat tuan rumah pada akhir perlawanan.

Advertisements

“Ya itu memang arahan saya. Kami mahu beraksi lebih agresif tetapi kami susah untuk menyerang mereka (JDT).”

Oniki juga mengakui bahawa pasukan JDT yang ditentangnya pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.

Advertisements

“Pemain JDT memiliki kualiti individu dan berpasukan yang amat baik. Mereka beraksi lebih baik berbanding musim lalu,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan tempoh hari.

Kedua-dua pasukan turun berbekalkan reputasi baik dengan tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam 5 aksi terakhir.

Advertisements

Aksi Kawasaki Frontale dan JDT akan berlangsung pada 28 November 2023 di Stadium Todoroki pada jam 6 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram