Advertising
Kawasaki Frontale Bawa Momentum Terkuat Berdepan JDT
MakanBola
Haziq/MakanBola

Pasukan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale membawa momentum terbaik sebelum berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Skuad bimbingan Tano Solari bakal terbang ke Jepun dalam misi menyalakan harapan untuk mara ke pusingan kalah mati ACL.

Kawasaki Frontale bagaimanapun memberikan amaran awal kepada Harimau Selatan selepas merekodkan kemenangan besar ke atas Kashima Antlers dengan keputusan 3-0.

Ad

Kemenangan ini membantu anak didik Toru Oniki untuk mengekalkan momentuk cemerlang dalam 5 aksi terakhir apabila tidak merekodkan sebarang kekalahan.

Ad

Kawasaki menang tiga perlawanan dan seri dua termasuklah ketika menewaskan BG Pathum United.

Ad
Ad

Anak buah Tano Solari juga kini dalam prestasi cemerlang selepas membenam Kuching City sebelum ke Jepun selain melakukan kejutan penting untuk menewaskan Ulsan Hyundai dalam aksi terakhir ACL.

Aksi Kawasaki Frontale dan JDT akan berlangsung pada 28 November 2023 di Stadium Todoroki pada jam 8 malam.