Ads
Jurulatih Kelantan DN Terima Amaran Keras
Liga Super
KDN FC

Barisan kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang diketuai Park Jae-hong menerima amaran keras daripada presiden kelab, YB Rozi Muhamad menjelang aksi Liga Super menentang PDRM FC malam ini.

Advertisements

Rozi berpendapat sudah tiba masanya peningkatan prestasi harus dilakukan dengan kadar segera bermula dengan perlawanan bertemu PDRM.

Advertisements

“KDN FC memandang serius keputusan setiap perlawanan dimana kami telah kalah tiga kali dalam saingan Liga Super serta disingkirkan dalam pusingan 16 Piala FA.

Advertisements
Advertisements

“Bagi saya, sudah cukup untuk pihak jurulatih belajar dengan perlawanan sebelum ini. Mereka tentu sudah tahu apa kesilapan dan kelemahan pemain. Jadi, tiada lagi alasan selain mencatatkan kejayaan keatas PDRM FC,” jelas Rozi seperti yang dikongsikan di laman Instagram rasmi pasukan.

Memandangkan ini perlawanan kelima buat KDN FC musim ini, Rozi merasakan tiada lagi alasan mengapa gagal memberikan keputusan yang baik dalam perlawanan yang diharungi.

Advertisements

“Pihak kelab juga tidak mampu lagi untuk berkompromi kerana ini adalah perlawanan kelima, seharusnya tidak perlu lagi alasan kenapa gagal.

“Saya tekankan, ini bukan butang panik tetapi satu amaran awal kepada semua terutama jurulatih bahawa saya mahukan perubahan dalam semua perkara.

“Diharapkan akan ada keputusan yang baik untuk KDN FC sekaligus mengembalikan kepercayaan penyokong untuk memberi sokongan padu kepada kelab pada perlawanan akan datang,” tegas Rozi lagi.

Advertisements

KDN FC kini berada di tangga ke-12 tanpa memungut sebarang mata selepas mengharungi tiga perlawanan liga setakat ini. Selain kedudukan liga yang kurang baik, KDN FC juga tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram