Jurulatih Malaysia Berpeluang Julang Gelaran V. League
Asia Tenggara
Cong An Ha Noi FC
Advertisements

Jurulatih penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz berpeluang membantu kelabnya dari Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) meraih gelaran V. League 1 pada akhir musim ini.

Dengan V. League 1 kini berbaki satu perlawanan, The Police Team masih mendahului liga dengan 37 mata. Mereka diekori rapat oleh musuh setempat, Hanoi di tempat kedua dengan 35 mata.

Biarpun memiliki kelebihan dua mata selepas mengalahkan Viettel 3-0 semalam, Azmin Azram melihat CAHN perlu berwaspada menjelang aksi terakhir menentang Thanh Hoa pada 27 Ogos ini.

Advertisements

“Liga masih belum berakhir dan kita mesti berhati-hati dan fokus sehingga akhirnya terutama pada aksi terakhir. Pemain-pemain mahu menang. Mereka mematuhi disiplin dan mengikut arahan jurulatih.

“Persediaan kami sentiasa sama. Matlamat pasukan ialah menambahbaik setiap elemen dalam setiap perlawanan. Pemain-pemain memberi fokus yang tinggi. Semua orang bekerjasama dan berjuang sehingga ke akhirnya,” katanya seperti yang dilaporkan TheThao247.

Advertisements

Untuk makluman, Azmin Azram aktif sebagai penjaga gol dari 1993 hinggalah beliau bersara pada 2006. Beliau pernah menjadi penjaga gol Selangor FC, KL City FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC.

Sepanjang kariernya itu, Azmin Azram pernah menjulang Piala FA sebanyak tiga kali bersama The City Boys dan Piala Malaysia bersama The Red Giants.

Advertisements

Selepas bersara, beliau menyumbang bakti bersama Harimau Malaya sebagai jurulatih penjaga gol hingga akhir tahun lepas. Azmin Azram kemudiannya menerima tawaran CAHN sebagai jurulatih penjaga gol baru mereka awal tahun ini.

CAHN berpeluang menjulang kejuaraan dengan syarat perlu menang ke atas Thanh Hoa pada 27 Ogos ini. Pada masa sama, mereka perlu berharap Viettel dapat mengikat atau menewaskan Hanoi yang diperkuatkan bekas penyerang Selangor FC, Herlison Caion.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram