Ads
Jurulatih Penjaga Gol KL City, Guilherme Almeida Ucap Selamat Tinggal
Transfer
KL City FC

KL City FC bakal mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih penjaga gol utama mereka, Guilherme Almeida.

Advertisements

Ini selepas jurulatih penjaga gol dari Brazil itu akan bertolak ke Vietnam untuk menyertai kelab V. League 1, Viettel. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Advertisements

“Jurulatih penjaga gol Kuala Lumpur (KL City), Guilherme Almeida bersedia untuk meninggalkan pasukan itu. Difahamkan jurulatih Brazil itu akan berpindah ke Vietnam untuk menyertai Viettel.

Advertisements
Advertisements

“Seorang jurulatih yang dihormati dalam pasukan dan akan menjadi kerugian besar bagi unit penjaga gol kelab,” katanya di X.

Perkhabaran ini turut disahkan oleh kapten The City Boys, Paulo Josue kepada media selepas perlawanan KL City-Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Advertisements

Pemain tengah berusia 35 tahun mengakui pemergian Almeida bakal memberi kesan besar kepada pasukan. Ini kerana jurulatih berusia 41 tahun itu banyak memberi pengaruh positif kepada barisan pemain terutama penjaga gol KL City.

“Kita akan merindui Coach (Guilherme) Almeida kerana esok (15 Julai), beliau akan berpindah. Untuk mendapatkan tenaga profesional seperti beliau bukan mudah didapati dalam pasaran.

“Kita akan merindui kelibat beliau dan saya bimbang pemain-pemain lain akan melakukan perkara sama (menyertai pasukan lain),” katanya.

Antara penjaga gol yang pernah mendapat bimbingan Almeida ialah Kevin Ray Mendoza (Persib Bandung) dan Azim Al Amin Kamaruddin (Selangor FC).

Advertisements

Bekas jurulatih penjaga gol Vasco da Gama itu turut bertanggungjawab menggilap bakat Azri Ghani untuk menjadi antara penjaga gol terbaik skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram