Jurulatih Tengking Bekas Bintang Chelsea

Michy Bathusayi Fenerbahce Jurulatih Tengking Bekas Bintang Chelsea
Fenerbahce
Azim Noor @mohdazim45
9:33pm 02/07/2023

Jarang bagi jurulatih menegah pemain mereka daripada mengambil sepakan penalti. Tetapi itulah yang menimpa bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi selepas ditengking jurulatih Fenerbahce, Jorge Jesus dalam aksi Turkish Super League menentang Kasimpasa S.K. pada penghujung Januari lalu.

Berdasarkan video TikTok yang tular ketika ini, penyerang Belgium itu sudah bersedia mengambil penalti pada minit ke-36. Bagaimanapun, sebaik Jesus melihat bola berada di tangannya, bekas jurulatih Benfica itu mengarahkan Enner Valencia sebagai pengambil sepakan penalti tersebut.

Batshuayi yang kelihatan yakin ketika itu hampa apabila diberitahu tentang arahan jurulatih mereka. Valencia yang pernah beraksi dengan West Ham United tenang menewaskan penjaga gol lawan, Erdem Canpolat pada minit ke-37.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 5-1 Fener ke atas Kasimpasa. Valencia menyumbat empat gol dengan Batshuayi menyumbat gol kelima pada minit akhir perlawanan.

Tetapi bekas penyerang Crystal Palace itu boleh menghela nafas lega untuk musim hadapan kerana Jesus tidak lagi menjadi jurulatihnya selepas ini.

@path.football

Momen ketika Michy Batshuayi ingin menendang penalti tetapi dilarang oleh pelatihnya yang tidak percaya dengannya. 💔 ‎ Kasian banget liat reaksinya.🥺 ‎ #batshuayi #michybatshuayi

♬ suara asli – Pathfootball – Pathfootball

Ini selepas bekas pengendali Sporting Lisbon itu telah menerima tawaran kelab Saudi Pro League, Al-Hilal sebagai pengendali baru mereka menggantikan Ramon Diaz. Susulan itu, Fenerbahce mengumumkan perlantikan Ismail Kartal sebagai jurulatih baru mereka.