Jurulatih Thailand Akui Kehebatan Arif Aiman
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali dari Thailand, Surachai Jaturapattarapong akui dengan kehebatan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi.

Dalam sesi sidang media pra-perlawanan antara JDT dan BG Pathum dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), ketua jurulatih BG Pathum itu sedar dengan impak yang dibawa Arif dalam pasukan. Surachai menganggap Arif sebagai permata buat skuad Harimau Selatan.

“Pemain berjersi nombor 42 JDT ibarat permata berharga buat pasukan ini. Tanpa kelibat Arif, mungkin prestasi JDT akan berkurang kepada 30-40 peratus.”

Advertisements

Surachai Jaturapattarapong juga merasakan satu aksi yang sukar bakal dihadapi anak buahnya yang beraksi di laman lawan.

Menurutnya, pasukan BG Pathum akan sentiasa mengawasi kelibat dua pemain lain yang menjadi nadi kepada JDT iaitu Bergson da Silva dan Heberty Fernandes.

“Antara pemain yang dalam tumpuan kami ialah Bergson, Heberty dan Arif. Mereka ini adalah watak penting JDT dan kami harus menyekat gerakan yang direncanakan mereka,” ujar Surachai.

Advertisements

JDT bakal berdepan BG Pathum United untuk aksi terakhir dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023. Aksi Kumpulan I tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada esok, tepat jam 6 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram