K. Devan: Kami Ada Lakukan Percubaan Tapi Bola Tak Masuk
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Negeri Sembulan FC, K. Devan tetap berpuas hati ddngan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya sungguhpun tewas tipis dengan keputusan 1-0 ke atas Sabah FC.

Beliau dalam satu temubual selepas perlawanan itu menzahirkan rasa puas hati dengan apa yang ditampilkan oleh anak buahnya dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, pengendali berusia 54 tahun itu merasakan bahawa tempo permainan pasukannya sedikit berbeza pada separuh masa kedua sekaligus merencatkan sedikit percaturan pasukan.

Advertisements

“Kita bermain dengan intensiti yang betul pada separuh masa pertama namun kita tidak berjaya teruskannya pada separuh masa kedua.’

”Para pemain kita pula seakan hilang idea di atas padang walaupun terdapat beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.’

Advertisements

Mengulas lanjut, Devan merasakan mere sudah pun memberikan segalanya menentang Sabah pada malam ini sungguhpun perlawanan lebih banyak didominasi oleh pasukan pelawat.

Beliau pula merasakan antara kesilapan yang dilakukan oleh pasukan adalah dengan tidak memanfaatkan segala peluang untuk diterjemahkan kepada jaringan.

Advertisements

”Pasukan kami ada melakukan percubaan tetapi bola tak masuk,” jelasnya dalam temubual tersebut.

Negeri Sembilan ketika ini berada pada kedudukan ketiga liga selepas berjaya mengumpul 20 mata selepas 12 perlawanan, tiga mata dipisahkan dengan pendahulu, JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram