K. Devan Akan Pastikan Negeri Sembilan ‘All-out’ Berdepan Buriram United
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mahu memastikan anak buahnya tampil memberikan aksi terbaik ketika turun menentang gergasi Thailand, Buriram United Sabtu ini.

Beliau dalam satu temubual menjelaskan, aksi ini penting dalam usaha memperbaiki segala kelemahan bagi mengharungi baki saingan Liga Super selepas ini.

“Ini merupakan peluang terbaik buat pasukan dalam usaha memperbaiki tahap persembahan sebelum ini.”

Advertisements

Malah, mereka juga sedia maklum bahawa Buriram United merupakan sebuah pasukan yang mempunyai kualiti yang tersendiri dan bukan satu tugas mudah untuk berdepan mereka.

“Kita tahu kualiti yang dimiliki oleh Buriram United memang hebat dan dianggap antara kelab terbaik di rantau Asia Tenggara.”

Pengendali berusia 54 tahun itu juga sedang mempersiapkan pasukannya terutamanya pada bahagian pertahanan Negeri Sembilan bagi mengekang asakan bertali-arus pasukan Thailand tersebut.

Advertisements

“Dari segi taktikal, saya akan perkuatkan bahagian pertahanan agar kami tidak mudah dibolosi selain akan pastikan skuad Negeri Sembilan beraksi dengan baik.

Devan juga menuntut anak buahnya agar berusaha dengan gigih untuk mencari jaringan sambil tidak membiarkan pintu gol Negeri Sembilan mudah dibolosi.

“Pemain sudah diminta menunjukkan persembahan terbaik dan pantas mencari peluang untuk melakukan serangan serta berusaha mencipta jaringan,” katanya hari ini.

Advertisements

Negeri Sembilan ketika ini berada dalam prestasi yang amat baik apabila berada pada tangga ketiga liga dengan 20 mata selepas 12 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram