K. Rajagobal: Tan Cheng Hoe Sudah Lakukan Yang Terbaik
Dunia
FAMALAYSIA
Advertisements

Peletakkan jawatan jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mendapat perhatian ramai pihak terutamanya peminat bola sepak tempatan. Mungkin ada dikalangan peminat yang setuju atau mungkin tidak dengan tindakan Cheng Hoe susulan kegagalannya membawa skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF suzuki 2020.

Namun, dimata orang yang lebih mengenali Tan Cheng Hoe adalah sebaliknya. Banyak aura positif yang telah Tan Cheng Hoe terima daripada barisan pemain serta rakan-rakan jurulatih.

Menurut satu kenyataan di laman Twitter daripada jurulatih skuad kebangsaan Brunei, Datuk K. Rajagobal, beliau menyatakan bahawa Cheng Hoe sudah memberikan yang terbaik buat pasukan Harimau Malaya. Beliau akui sememangnya apa yang dilakukan Cheng Hoe adalah ikhlas dan jujur.

Advertisements

“Anda telah melakukan tahap TCH terbaik anda. Saya tahu kerja ikhlas dan jujur ​​yang anda selalu lakukan.

Mengulas lanjut, beliau akui bahawa Cheng Hoe merupakan rakan sekerja yang terbaik sepanjang kariernya dalam bidang kejurulatihan. Beliau menjelaskan bahawa Cheng Hoe sentiasa menyokong apa yang telah beliau lakukan sebagai ketua jurulatih Malaysia sebelum ini.

Tambah Rajagobal, beliau turut mendoakan kejayaan Cheng Hoe dimasa akan datang. Banyak perkara lebih baik akan datang padanya selepas ini.

Advertisements

“Rakan sekerja terbaik yang saya impikan sepanjang dalam kerjaya kejurulatihan saya. Tanpa THC di sisi saya tidak ada satu pun pujian saya sebagai ketua jurulatih Malaysia. Lebih banyak perkara baik akan datang kepada Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram