Advertisement
Kabel Lampu Limpah Stadium Perak Dicuri
Liga Super
MakanBola
@Stadiumperak

Persiapan Perak menghadapi Liga Super musim 2023 sedikit tergugat semalam. Ini selepas kabel lampu limpah stadium keramat mereka, Stadium Perak dipotong dan dicuri semalam.

https://twitter.com/peraktheyob/status/1626558249377103873

Akibat tindakan individu tidak bertanggungjawab ini, perlawanan pertama Liga Super Perak menentang Kedah pada 25 Februari ini berkemungkinan terpaksa diadakan pada waktu petang dan bukan waktu malam seperti dijadualkan.

Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui bagaimana hal ini boleh berlaku. Pengurusan skuad Seladang juga sedang berusaha mendapatkan kontraktor bagi memastikan lampu limpah dapat digunakan semula.

Jika tidak, The Bos Gaurus bakal berdepan kerugian besar akibat tindakan individu tak bertanggungjawab itu. Ini kerana kehadiran para penyokong Perak yang ramai dapat memberi suntikan bukan saja dari segi moral tetapi kewangan lebih-lebih lagi jika ia diadakan pada waktu malam.

Sebaik berita ini tersebar di laman media sosial, penyokong-penyokong Perak mengecam tindakan berunsur sabotaj itu dan berharap pelakunya ditangkap. Pada masa sama, mereka berharap anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim tak putus asa dan menjadikan insiden ini sebagai pembakar semangat untuk saingan liga musim ini.