Kad Biru Kini Diperkenalkan Dalam Bola Sepak
Dunia
Soccer24
Advertisements

Pemain bola sepak bakal berdepan satu lagi kad oleh pengadil dalam perlawanan iaitu kad biru.

Akhbar The Guardian melaporkan pengenalan kad ini dibuat atas cadangan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) dan dijangka diperkenalkan secara rasmi pada hari ini.

Pemain yang dilayangkan kad biru akan dikeluarkan daripada permainan selama 10 minit. Sekiranya pemain sama masuk ke padang dan dilayangkan kad biru kedua, maka pemain tersebut akan dibuang padang.

Advertisements

Kesudahan sama juga berlaku sekiranya pemain yang menerima kad biru pertama dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Pengenalan kad baru ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan insiden pertelagahan pemain dengan pengadil di atas padang.

Pada awalnya, wujud laporan yang mengatakan kad biru bakal diaplikasikan dalam pertandingan-pertandingan elit sebagai sebahagian daripada sesi percubaan membabitkan kad baru itu.

Advertisements

Bagaimanapun, perkara ini dinafikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi satu kenyataan media yang dibuat beberapa jam lepas.

“FIFA ingin menjelaskan laporan tentang kad biru dalam pertandingan bola sepak elit sebagai tidak betul dan terlalu awal.

“Sebarang percubaan jika dilaksanakan sekalipun patut dihadkan kepada pengujian dengan cara yang bertanggungjawab dalam pertandingan peringkat rendah, satu kedudukan yang akan ditegaskan FIFA dalam mesyuarat agung IFAB pada 2 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan di X.

Advertisements

Pengenalan kad biru mengundang pelbagai reaksi dalam dunia bola sepak. Antara yang kurang bersetuju dengan idea ini ialah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou.

Bekas pengurus Australia itu menyifatkan pengenalan kad tersebut sebagai tidak masuk akal. Atas sebab itu, Postecoglou mahu IFAB berhenti mengubah peraturan yang menjejaskan keseronokan sukan bola sepak.

“Buang sajalah idea ini (kad biru), lupakan saja. Saya tak tahu kenapa mereka campur tangan dalam (peraturan) sukan ini,” katanya.

Advertisements

Malah, idea ini turut ditolak Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Alexander Ceferin. Ceferin menganggap kad biru sebagai kematian buat sukan bola sepak.

Atas sebab itu, UEFA tidak mempunyai perancangan menggunakan kad biru untuk Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024 dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram