Kalamullah Al-Hafiz Bersyukur Dengan Musim Penuh Kegemilangan
Liga Super
MFL
Advertisements

Penjaga gawang Petaling Jaya City FC, Kalamullah Al-Hafiz bin Mat Rowi gembira dengan tahun penuh gemilang buat pasukannya, PJ City dan sudah tentu buat dirinya sendiri.

Walaupun PJ City terkeluar dari saingan Piala Malaysia setelah tewas tipis 1-0 kepada Sabah, beliau ternyata gembira dan memandang kehadapan untuk saingan Liga Super 2022.

“Alhamdulillah untuk 2021, bersyukur untuk penjalanan ini.”

Advertisements

“Kekal fokus, memandang ke hadapan untuk mencipta lebih kejayaan pada masa akan datang.” Jelas Kalamullah di akaun Instagramnya.

PJ City yang dibarisi 100% pemain tempatan berjaya mengejutkan penyokong dengan aksi bertenaga menentang pasukan lawan yang rata-ratanya dibarisi pemain import berpengalaman.

Selepas 22 perlawanan Liga Super 2021, PJ City menamatkan kempen di tangga ke-7 liga dan rata-rata pemerhati bola sepak Malaysia terkejut dan teruja dengan pencapaian pasukan The Phoenix ini.

Advertisements

Selain berjaya membuktikan bakat tempatan, PJ City turut berjaya memberi peluang kepada pemain tempatan beraksi sekaligus memperoleh lebih minit permainan.

Sebelum ini, pemilik PJ City, Dato’ Sri Vijay Eswaran turut menjelaskan kepercayaan penuh beliau terhadap bakat tempatan dan bersedia memberi lebih banyak peluang kepada mereka membuktikan kemampuan.

Untuk rekod, PJ City hanya bolos 28 jaringan untuk saingan Liga Super 2021 sekaligus membuktikan kekentalan barisan pertahanan PJ City yang agak ampuh walaupun dibarisi pemain tempatan selain mengekalkan penguasaan sebagai Top 8 dalam saingan Liga Super sejak beberapa musim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram