Dato’ Sri Vijay Eswaran: Kita Percaya Kudrat Pemain Tempatan Mampu Julang PJ City FC
Dunia
Instagram: @pjc_thephoenix
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 22 Sept –Pemilik kelab PJ City FC, Dato’ Sri Vijay Eswaran telah menjelaskan kedudukan pasukannya iaitu PJ City FC yang bersaing dalam Liga Super tanpa menggunakan khidmat pemain import.

Menurut satu temubual, beliau melontarkan keyakinan dengan barisan pemain tempatan sedia ada untuk terus menggalas tugas bagi memacu kecemerlangan pasukan sungguhpun terpaksa berdepan dengan pasukan-pasukan yang mempertaruhkan khidmat pemain import terutamanya di barisan serangan.

‘Kita masih kekal dengan pendirian yang sama bahawa kelab tidak memerlukan khidmat orang luar untuk memperoleh hasil yang luar biasa.’

Advertisements

‘Kita akan terus mempercayai bakat pemain yang dihasilkan di Malaysia untuk membawa nama PJ City,-Jelasnya dalam satu temubual oleh PJ City.

Tambahnya lagi, kepercayaan dan juga peluang harus diberikan kepada pemain tempatan untuk terus membuktikan kemampuan di atas padang. Selain itu, ketika ditanya mengenai perncangan beliau menjelang musim baharu ini, Dato’ Sri Vijaya masih dengan pendirian teguhnya untuk memanfaatkan sepenuhnya tenaga lokal seprti musim ini.

‘Kami ini orang Malaysia, Anak Malaysia, Yakini Lokal. Kita pasti boleh’

Advertisements

Pada musim ini, dengan hanya menggunakan pemain tempatan, PJ City berada di tangga ketujuh selepas berjaya mencatatkan 6 kemenangan dan mengumpul 24 mata secara keseluruhannya.

Kini, PJ City sekali lagi bakal berdepan cabaran pasukan Johor Darul Ta’zim, Sabah Fc dan juga satu pasukan dari Liga Premier.

Mereka pastinya ingin melalui kempen yang lebih baik setelah melalui kempen turun naik di Liga Super musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram