Kalamullah Sah Milik Kedah
Dunia
MakanBola
Kedah Darul Aman
Advertisements

Bekas penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Kedah Darul Aman FC.

Beliau yang sudah beberapa musim berkenalan di Lembah Klang terpaksa mencari haluan baru selepas kelabnya tidak lagi bersaing di pentas Liga Super 2023.

Advertisements

Khidmat penjaga gol kebangsaan ini sudah tentu menjadi buruan namun beliau pernah menyatakan hasrat untuk mencari kelab yang mampu mengangkat namanya.

Kemasukan jurulatih baharu Kedah, Nafuzi Zain jelas menguatkan lagi langkah pemain berusia 27 tahun itu untuk bersama-sama di utara tanah air.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan rasmi oleh kelab, Kalamullah secara rasminya bakal menjadi pemain baharu Kedah pada musim hadapan.

Beliau yang sudah pun tiga kali dicalonkan selaku antara penjaga gol terbaik Liga Super musim ini jelas mahu mencuba haluan baru untuk mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

Advertisements

Beliau mencatatkan rekod 9 kali tanpa bolos daripada keseluruhan 21 perlawanan Liga Super musim ini.

Advertisements

News Comments Account