Pemerhati bola sepak tempatan, Dato’ Richard Scully memberitahu bahawa dominasi pemain import di Malaysia boleh dipecahkan sekiranya memiliki 10 Arif Aiman.
Beliau dalam satu kenyataan bersama Nindia Bola memberitahu bahawa keadaan pemain import yang mendominasi terutamanya pada bahagian serangan akan memberikan kesan kepada pasukan kebangsaan.
“Kalau nak ikut trend kena lihat juga kesan sampingannya macam mana. Dia akan memberikan kesan kepada skuad kebangsaan. Bahagian serangan sekiranya didominasi oleh pemain import macam mana.”
“Kita perlu perhalusi undang-undang, sekarang Arif Aiman berada di tangga kelima dan kalau kita ada 10 lagi Arif Aiman pasti membantu,” jelasnya kepada Astro Arena.
Pada musim ini, pemain lincah yang baru sahaja melanjutkan kontrak bersama JDT ini meledak 12 jaringan dan 12 bantuan jaringan dalam kancah Liga Super 2023.
Menurut penjelasan Dato’ Zainal Abidin, keadaan ini akan berterusan sekiranya Malaysia gagal melahirkan lebih ramai bakat hebat pada masa akan datang.
“Sekiranya Malaysia gagal melahirkan pemain berkualiti maka trend ini akan berterusan. Jika pemain berkualiti tetapi tidak diberikan peluang bermain, ini akan berterusan.”
Arif akan memacu cabaran Malaysia selepas tersenarai dalam kelompok 26 orang pemain ke kem latihan pisat Malaysia pada minggu hadapan sebagai persediaan menentang Syria dalam aksi persahabatan.