Kamera Tunjuk Arif Aiman, Watak Di Depannya Jadi Tumpuan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelibat pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengubati peminat namun watak yang berada di depannya meraih perhatian.

Tonggak berusia 24 tahun itu sudah pun berehat panjang sejak November lalu susulan kecederaan serius yang dialaminya.

Beliau juga telah diterbangkan ke luar negara untuk menjalani pembedahan dan kini berada pada fasa pemulihan bersama kelab.

Beliau dikesan berada di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika memberikan sokongan kepada JDT yang menewaskan Sanfreece Hiroshima pada aksi Pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) pada 4 Mac 2026.

Kelibat seorang lagi tonggak lincah JDT dikesan turut berada di sisi Arif pada perlawanan itu – sekali gus memberi gambaran bahawa beliau masih bersama pasukan.

Tonggak yang dimaksudkan itu ialah Enzo Lombardo yang menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan 2024-25 namun sudah lama tidak beraksi ekoran kecederaan.

Kali terakhir pemain berusia 29 tahun ini dikesan beraksi adalah pada perlawanan Piala FA 2025-26 pada Ogos tahun lalu tatkala JDT membenam UM Damansara United dengan keputusan 5-0. 

Pemain keturunan Filipina ini beraksi empat perlawanan secara keseluruhan bersama JDT sejak bersama pasukan dan merekodkan satu bantuan gol menurut catatan Sofascore.

“Nombor 7 tu (Enzo Lombardo) depan Arif,” ujar peminat Farhan Mohd pada ruangan komen MakanBola.

Aksi timbal balik antara JDT dan Sanfreece Hiroshima dijadual pada 11 Mac 2026 jam 6.00 petang.

Claim Money Packet TnG