“Kami Gagal” – Mo Salah
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Chelsea bukan sekadar mengesahkan kelayakan Red Devils ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan. Tetapi itu juga bermakna Liverpool bakal beraksi di Liga Europa – sesuatu yang mengecewakan ayam tambatan mereka dari Mesir, Mo Salah.

Selepas merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut sebelum ini, Reds yang dibimbing Jurgen Klopp dilihat ada peluang tipis untuk layak ke UCL musim hadapan. Tetapi keputusan seri 1-1 dengan Aston Villa pada minggu lepas menutup terus peluang untuk layak.

Dengan kemenangan itu, Liverpool bakal beraksi di Liga Europa buat kali pertama sejak final kejohanan pada musim 2015-2016. Bagi Salah, ia sesuatu yang perlu dihadapi lebih-lebih lagi dengan musim 2022-2023 yang dianggap mencabar buat Reds.

Advertisements

“Saya amat kecewa. Tiada alasan untuk (kegagalan) ini. Kami mempunyai semua perkara diperlukan untuk layak ke UCL tahun hadapan dan kami gagal.

“Kami ialah Liverpool dan layak ke kejohanan ini sepatutnya menjadi penanda aras minimum. Saya mohon maaf tetapi terlalu awal untuk membuat hantaran yang optimistik atau yang menaikkan semangat. Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri,” tulisnya di akaun media sosialnya beberapa minit selepas perlawanan Manchester United-Chelsea di Old Trafford tamat.

Kegagalan ini bukan saja akan menyukarkan usaha Klopp membina semula pasukan untuk musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL). Malah, difahamkan ada beberapa kelab utama Eropah sedang mengintai pemain-pemain utama Reds dengan menjanjikan peluang bermain di UCL.

Advertisements

Salah seorang daripadanya ialah bek kiri Scotland, Andrew Robertson. Menurut akhbar Daily Mail, Robertson dikatakan diintai Real Madrid untuk dijadikan sebagai bek kiri utama mereka susulan masalah kecederaan yang menimpa bek kiri Perancis, Ferland Mendy.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram