“Kami Menang Tapi Banyak Perlu Diperbaiki” – Jurulatih Selangor
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Advertisements

Jurulatih Selangor futsal, Edgar Eder Baldasso berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya setelah berjaya menumbangkan KL City dalam saingan MPFL pada Sabtu.

Namun, beliau yang ditemui selepas perlawanan menentang KL City berkata, masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan seterusnya berdepan JDT.

”Banyak perkara (perlu ditambahbaik) seperti di bahagian pertahanan. Kita perlu timing yang terbaik kerana setiap perlawanan adalah berbeza-berbeza dan JDT mampu mengawal permainan dengan baik,” katanya kepada pihak media.

Advertisements

Menurut beliau lagi, pasukannya perlu bersedia dengan beberapa pelan yang berbeza memandangkan JDT merupakan pasukan yang fleksibel dari segi taktikal.

”Mereka berupaya menukarkan corak permainan pada bika-bila masa dan kita perlukan beberapa rancangan lain ketika bertahan tetapi masih mengekalkan prinsip kita yang sama. Itu cabaran untuk perlawanan akan datang,” tambah beliau lagi.

Advertisements

Mengulas mengenai keputusan menentang KL City kelmarin, jurulatih kelahiran Brazil ini jelas gembira dengan persembahan keseluruhan dan berharap dapat menaikkan semangat para pemainnya.

Aksi semalam menyaksikan dua jaringan masing-masing daripada Wellington Pereira dan Khairul Effendy manakala satu gol daripada Syahir Iqbal Khan dan Faris Johan melengkapkan kemenangan pertama Selangor di liga.

Advertisements

Keputusan ini melonjakkan kedudukan Selangor ke tangga kelima liga selepas tiga perlawanan dengan mencatatkan satu kemenangan dan dua kekalahan.

Selepas ini, Selangor dijadualkan bertemu JDT yang kini sedang selesa memimpin liga di Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 16 Mac hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram