Pemain sayap Shandong Taishan, Xie Wenneng mengakui pasukannya perlu melupakan kekecewaan lalu dan fokus bagi aksi menentang JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL Elite).
Shandong Taishan tewas 3-1 kepada Shandong Port dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari dan 3 hari kemudian pasukan itu perlu berhadapan dengan cabaran JDT.
Shandong Taishan turut tewas dalam aksi keempat ACL Elite sebelumnya kepada Pohang Steelers dengan jaringan 4-2.
Xie Wenneng kekal optimis pasukannya mampu untuk pulih dengan segera dan kembali fokus bagi saingan di pentas Asia.
“Pasukan baru pulang dari Wenzhou. Semua kepenatan dan cuba untuk melupakan kekalahan kepada Shandong Port.
“Semua pemain sedang giat untuk pulih dan berharap dapat memberikan aksi yang terbaik kepada semua kelak.
“Keadaan fizikal saya tidak teruk. Selagi pasukan memerlukan saya untuk bermain, saya pasti akan turun bermain.
“Saya kecewa kerana tidak dapat bersama dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari tetapi pasukan mempunyai perancangan yang telah ditetapkan dan saya perlu mematuhinya.” ujar Xie Wenneng.
Shandong Taishan ketika ini menghuni tangga ke-9 kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit setelah mengumpul 4 mata hasil daripada 1 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan dalam 4 perlawanan.
JDT bakal menjadi lawan seterusnya buat kelab dari China ini untuk aksi kelima dan seterusnya Kawasaki Frontale pada 4 Disember kelak.